Kenal kulit dulu, sebelum pilih rawatan - Utusan Malaysia

Kenal kulit dulu, sebelum pilih rawatan

PRESTIGE Medispa mementingkan aspek keselamatan dan keselesaan pelanggannya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Prestige Medispa X Seri
5 pembaca paling banyak like dan share artikel ini di facebook Utusan Online dan
Prestige Medispa berpeluang menerima hadiah bernilai
RM500 berupa rundingan percuma, produk Kawsa dan rawatan seri wajah.

Sebelum memilih jenis rawatan kecantikan, kenali dahulu jenis kulit. Ini penting bagi memastikan rawatan dilakukan berjaya mencapai matlamatnya melahirkan wajah mulus idaman.

Kulit adalah organ terbesar tubuh manusia yang berfungsi melindungi badan. Ia mudah menyerap. Jadi apa sahaja kita letak pada kulit, akan masuk ke dalam badan. Sebab itulah sangat penting untuk kita ketahui aturan tertentu dalam penjagaan kulit, supaya rawatan atau produk kita kenakan ke wajah, tidak menjejaskan kesihatan dan kecantikan kulit.

Pengarah Prestige Medispa, Dr. Kauthar Ismail menjawab persoalan kulit anda.

BILIK rawatan selesa dan bersih.

1. Pentingkah aturan penggunaan produk?
Aturan dalam penggunaan produk penjagaan wajah sangat penting. Saya selalu ditanya mengenai bagaimana ingin memilih rawatan sesuai? Nasihat saya, individu perlu berjumpa perunding kecantikan berpengalaman, seperti Prestige Medispa bagi mendapatkan maklumat mengenai rundingan wajah.

Jika individu mempunyai masalah kulit lebih serius seperti jerawat atau jeragat pula, lebih baik berjumpa doktor berpengalaman yang pakar dalam bidang ini. Pelbagai soalan akan diajukan sebelum mereka mencadangkan rawatan paling sesuai.

SALAH satu rawatan tersedia untuk pelanggan.

2. Seawal usia berapa harus jaga muka?
Seawal usia enam bulan sudah boleh jaga kulit. Bagaimanapun bukan dengan perawatan wajah, sebaliknya pemakaian sunblock pun sudah memadai sekiranya terdedah dengan pancaran matahari secara langsung.

Bila sudah remaja, jangan lupa mencuci muka, memakai serum dan pelembap yang tepat. Sunblock jangan lupa ya!.
3. Apakah rutin penjagaan asas harian dalam memastikan kulit bersih?
Bagi yang mahu wajah bebas daripada jeragat, cerah dan selamat, saya mencadangkan Kawsa Skincare.

Produk ini lengkap dan ringkas penggunaanya. Di mana pencuci mukanya memiliki alpha hydroxy acid (AHA) dan beta hydroxy/salicylic acid (BHA). Ia berfungsi sebagai pembersih lembut.

Penggunaan serum mustahak tetapi ia perlu sesuai dengan jenis masalah kulit. Serum Kawsa membantu mencegah kelahiran jeragat menerusi kandungan bahan seperti kojic acid dan alpha arbutin di dalamnya.

Pelembab pula suatu kemestian mengekalkan hidrasi kulit. Lengkapkan dengan penggunaan sunblock. Ia wajib untuk mengelakkan kulit rosak akibat sinar UV dari pancaran matahari dan radiasi lampu.

4. Makanan sesuai kulit sihat?
Makanan sihat, tinggi protein dan rendah lemak, membantu mendapatkan kulit mulus. Bagi individu memiliki kulit berjerawat, elakkan pemakanan tinggi lemak dan glycemic index kerana ia meningkatkan pengeluaran minyak pada wajah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×