Beri ruang Zahid, Tok Mat perbaiki parti

Beri ruang Zahid, Tok Mat perbaiki parti

ROS akan bertemu wakil UMNO minggu depan bagi membincangkan soal berkaitan usul tambahan dua jawatan tertinggi tidak dipertandingkan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dua pemimpin tertinggi parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Mohamad Hasan perlu diberi ‘nafas’ memimpin parti bagi memperbaiki kelemahan, seterusnya fokus dalam mendepani cabaran politik masa akan datang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, ia suatu langkah yang relevan buat masa kini supaya survival UMNO terus dipelihara, sekali gus mengelakkan perpecahan dalaman yang mampu menjejaskan parti itu.

Katanya lagi, dalam hal ini, sokongan daripada ca­wangan dan bahagian amat diperlukan dalam menja­yakan usaha tersebut.

“Langkah itu relevan. Apa lagi dalam suasana sekarang selepas kekalahan dalam PRU15 yang lalu.

“Malah, tidak ada keper­luan untuk dua jawatan utama iaitu Presiden dan Timbalan Presiden ditan­dingi. Parti perlu diperkukuhkan. Presiden dan timbalannya sekarang satu gandingan yang baik untuk memulihkan UMNO.

“Sokongan diperlukan dari cawangan dan bahagian untuk mengekalkan Presiden dan Timbalannya dalam pemilihan tahun hadapan. Bukan ke­rana Zahid dan Mohamad Hasan tidak boleh ditan­dingi dan dicabar, malah mereka bersedia untuk dilawan kerana itulah proses demokrasi amalan UMNO, tapi untuk memberi nafas kepada usaha membaiki parti akibat terlalu banyak kerosakan yang berlaku sebelum PRU15,” katanya ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun, cadangan itu mendapat bantahan daripada beberapa pihak, antaranya Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan juga Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×