Petron lancar kempen `Jom Jalan-Jalan Türkiye'

Petron lancar kempen `Jom Jalan-Jalan Türkiye’

MAJLIS elancaran kempen `Jom Jalan-Jalan Türkiye'.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Petron Malaysia dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Türkiye melancarkan kempen promosi `Jom Jalan-Jalan Türkiye’ di seluruh negara Dari 15 Disember 2022 hingga 15 Mac 2023.

Kempen itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan Petron Miles (P-Miles) dengan memberi peluang kepada pelanggan untuk memenangi percutian impian mereka melalui kerjasama Petron dengan Lembaga Pelancongan Turkiye dan kempen
globalnya “Go Turkiye”.

Bagi pihak Petron, kempen itu adalah kesinambungan daripada kempen “Jom Jalan-Jalan” yang dimulakan pada Oktober tahun lepas sejurus selepas perjalanan rentas negeri dibenarkan.

Pelancaran kempen disempurnakan oleh Duta Besar Türkiye ke Malaysia, Emir Salim Yüksel semalam, dan dihadiri Pengurus Pemasaran Petron Malaysia, Danny Chen.

Menurut Danny, Petron sangat teruja untuk bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Türkiye, rakan kongsi pelancongan dan penaja tempatan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia Petron dengan hadiah-hadiah yang menarik.

“Ini datang tepat pada masanya kerana Petron juga menyambut ulang tahun ke-10 pada tahun ini. Kempen ini adalah cara kami mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami yang telah bersama kami sepanjang perjalanan,” katanya dalam kenyataan.

Emir Salim pula berkata, penerbangan antarabangsa telah mencatatkan peningkatan selepas pembukaan semula sempadan antarabangsa.

“Dengan bantuan pemulihan pelancongan dan kempen global Türkiye, kerjasama ini datang pada masa yang tepat. Sebagai langkah seterusnya, saya berharap agar dapat membangunkan dan mempromosikan Türkiye kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Selain Lembaga Pelancongan Türkiye, Petron juga bekerjasama dengan rakan perniagaan lain iaitu Kedutaan Türkiye, Turkish Airlines, Plaza Premium Group dan American Tourister untuk mempromosikan pelancongan demoestik dan
antarabangsa. Selain itu, ia menawarkan pelanggan peluang memenangi pakej percutian yang menarik.

Kempen itu bertujuan untuk memberi ganjaran kepada 336 pemenang bertuah dengan hadiah bernilai lebih RM300,000 di sepanjang tempoh kempen selama tiga bulan.

Seorang pemenang hadiah utama akan menikmati pakej pelancongan selama 8 hari dan 7 malam bernilai lebih RM50,000 bersama-sama seorang rakan. Seterusnya, mereka akan menikmati keselesaan kelas perniagaan Turkish Airlines.

Selain itu, lima lagi pemenang hadiah pertama akan mendapat pakej percutian 8 hari dan 7 malam untuk dua orang dengan tiket penerbangan pergi balik Kelas Ekonomi dan akses ke lounge Plaza Premium. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×