Calon PH ‘berpeluh’ jika bertembung dengan KJ

Calon PH ‘berpeluh’ jika bertembung dengan KJ

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon-calon Pakatan Harapan (PH) diingatkan tidak mengambil mudah sekiranya bertembung dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ini kerana para pengundi kini sudah cerdik dan bijak dalam menilai keupayaan setiap calon diketengahkan termasuk Khairy sendiri merupakan seorang menteri yang kuat bekerja.

Katanya, kehadiran Khairy itu di mana-mana kawasan sekalipun kubu kuat PH dapat mengubah dinamik dan corak pertandingan pilihan raya.

“Sebab itu mana-mana kerusi dia pergi, siapa calon PH yang lawan dia, calon akan berpeluh sebab rakyat nampak yang dalam kalangan semua menteri UMNO, dia nampak buat kerja. Walaupun saya selalu kutuk dia, sebab Khairy seorang buat kerja, menteri lain tidak buat kerja.

“Jadi, mana-mana kerusi dia pergi Sungai Buloh atau Lembah Pantai, tidak tahu pula ke Pandan, apabila dia sampai ke kerusi itu, dia mengubah sedikit sebanyak dinamik pertandingan kerusi itu walaupun dilihat kubu kuat PH.

“Jadi saya sebut kepada rakan-rakan bertanding di kerusi disebut KJ (Khairy) bertanding, jangan ambil mudah,” katanya semalam.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, beliau tidak mengetahui kedudukan Khairy meskipun pernah berkawan baik bersama bekas Ketua Pemuda UMNO itu.

“Penyokong PH tidak suka saya sangat okey dengan dia sebab dia merupakan salah seorang pemimpin yang banyak buat kerja, saya ingat dia cuba terbaik dan dia kurang ‘totok’ berbanding orang lain, dia lebih praktikal,’’ katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×