10 kampung bakal pupus, hilang tarikan ekonomi

10 kampung pesisir Sungai Pahang bakal pupus, hilang tarikan ekonomi

Kampung Belimbing yang terletak di pesisir Sungai Pahang diancam kepupusan berikutan populasi penduduknya semakin mengecil ekoran tiada tarikan ekonomi. –UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN: Kira-kira 10 kam­pung yang terletak antara Jamba­tan Paloh Inai dan Kampung Lubuk Paku sejauh kira-kira 50 kilometer di pesisir Sungai Pahang bakal pupus ekoran kehilangan tarikan ekonomi disebabkan penero­kaan hutan dan perlombo­ngan hingga menjejaskan eko­sistem ter­utama di Tasik Chini.

Setakat ini sejak dari tahun 1960-an 15 buah kampung di kawasan terbabit telah disahkan lenyap daripada peta dan 10 buah lagi bakal menyusul jika kecenderungan generasi muda berpindah dan enggan bermastautin berterusan.

Ini kerana sebelum ini kampung-kampung terbabit me­numpang limpahan eko­nomi daripada aktiviti pelancongan di Tasik Chini yang po­pular ke­rana cerita mi­tos dan legen­da seperti naga, kota yang hilang dan buaya putih.

 

Tasik itu juga tersohor ke­rana diiktiraf sebagai Rizab Bio­s­­fera oleh Pertubuhan Pen­di­dikan Saintifik dan Kebudayaan Bang­sa-bangsa Bersatu (UNESCO) pada Julai 2009.

Namun, sejak Julai lalu isu pengiktirafan UNESCO terhadap Tasik Chini mencetuskan kontroversi. Sebabnya, tinjauan berkala pertama badan tersebut mendapati tasik itu tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian da­ri­pada Rangkaian Rizab Bios­fera Dunia (WNBR) mereka.

Tasik yang amat penting kepa­da ekonomi penduduk se­ki­tarnya terutama dalam ekopelancongan selain menawarkan peluang pekerjaan dan menjana ekonomi kini semakin nazak.

Tinjauan dari Kampung Lu­buk Paku ke Paloh Hinai dan merentasi Sungai Pahang ke Kampung Kuala Sungai Chini mendapati, sejumlah 10 kampung kini di ambang kepupusan kerana tiada lagi generasi muda yang mahu menetap dan mewarisi kampung-kampung tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×