Pemandu cedera parah, lori tangki minyak terbalik - Utusan Malaysia

Pemandu cedera parah, lori tangki minyak terbalik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANAU – Seorang pemandu lori tangki minyak Petronas ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat tersepit selepas lori yang dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik di Kilometer 7.6, Jalan Ranau-Tamparuli di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.55 petang itu, mangsa, Abdul Ghapur Halil, 30, cedera parah kerana tersepit di tempat duduk pemandu di dalam lori terbabit.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, sebelum kejadian lelaki berkenaan dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menunju ke Ranau.

“Semasa melalui satu selekoh yang menuruni bukit pemandu dikatakan gagal mengawal kenderaannya lalu terbabas dan terbalik di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu, mangsa tersepit di tempat duduk dan cedera parah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Mohd. Farhan, pemandu tidak disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan dihantar ke Hospital Ranau dekat sini untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×