KUANTAN 11 Julai – Pahang gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila sekadar mencatatkan keputusan seri 0-0 dalam aksi Liga Super menentang PKNP FC di Stadium Darul Makmur di sini malam ini.
Pada separuh masa pertama, perlawanan berlangsung agak hambar dengan kedua-dua pasukan gagal mencipta jaringan walaupun memiliki beberapa peluang terbaik.
Hasrat penyokong Tok Gajah untuk melihat pasukan mereka memperoleh tiga mata penuh gagal apabila kebangkitan Pahang pada separuh masa kedua tidak berjaya mencipta jaringan. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











