Adik mangsa dera tiada kesan penderaan fizikal - Utusan Malaysia

Adik mangsa dera tiada kesan penderaan fizikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 11 Julai – Adik kepada Muhammad Luthhakim Abdullah, kanak-kanak berusia 10 tahun yang meninggal dunia dipercayai didera ibu kandung­nya di Taman Permatang Badak Maju di sini, Isnin lalu akan dijaga oleh datuk dan neneknya sementara menanti perkembangan kes berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, pemeriksaan terhadap adik mangsa yang berusia lapan tahun itu tidak menemukan tanda penderaan fizikal terhadapnya.

Beliau berkata, hasil perbincangan dengan waris terdekat, kanak-kanak tersebut akan dijaga oleh datuk dan neneknya setelah ibu dan bapanya direman selama seminggu bermula semalam bagi membantu siasatan kes tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Datuk kanak-kanak itu bersetuju untuk menjaga dan menjamin keselamatannya bermula 10 Julai lalu sehingga 18 Julai ini.

“Datuknya juga akan membawa kanak-kanak itu ke mahkamah pada 18 Julai ini untuk mendapat perintah di bawah Seksyen 30 (1) (b) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×