70 pesara IPD Brickfields meriahkan sambutan Aidilfitri dan Jalinan Kasih - Utusan Malaysia

70 pesara IPD Brickfields meriahkan sambutan Aidilfitri dan Jalinan Kasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 11 Julai – Kira-kira 70 anggota dan pegawai polis bersara yang pernah berkhidmat di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields memeriahkan Majlis Perjumpaan Hari Raya Aidilfitri dan Jalinan Kasih di Seksyen 8/26, dekat sini hari ini.

Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Kamarudin Mat Desa berkata, majlis yang julung kali diadakan itu melibatkan anggota dan pegawai yang berkhidmat di IPD Brickfields sekitar tahun 80-an.

“Saya berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields antara tahun 1986 hingga 1989 manakala bekas Ketua Polis Negara ,Tan Sri Norian Mai berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Brickfields pada 1981 hingga 1983.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi majlis majlis ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara bekas-bekas anggota dan pegawai yang pernah bertugas di Brickfields sepanjang tempoh tersebut,” katanya.

Yang turut hadir adalah Norian serta isteri kepada Kamarudin, Datin Ramlah Asmuri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×