Kes tular: Polis sahkan bayi mati mengejut - Utusan Malaysia

Kes tular: Polis sahkan bayi mati mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Julai – Polis mengesahkan telah menjalankan siasatan terhadap kematian seorang bayi lelaki di rumah pengasuhnya di Kampung Sungai Jai, Beranang dekat sini pada 12 Mac lalu yang viral di laman sosial hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, siasatan kes tersebut telah dilakukan oleh Ketua Polis Balai Beranang dan di klasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ujarnya, siasatan terbabit dilakukan sebaik sahaja laporan polis dibuat oleh ibu kepada bayi berkenaan kira-kira pukul 1.30 hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berikutan kejadian itu, bedah siasat telah dilakukan oleh doktor di Hospital Kajang, Selangor dan mengesahkan sebab-sebab kematian adalah tidak diketahui.

“Sehubungan itu, kertas siasatan telah dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 6 Julai lalu sebelum kertas siasatan itu dirujuk ke pejabat koroner untuk diadakan inkues bagi mengetahui punca kematian sebenar,” katanya, di sini hari ini.

Hari ini, seorang pemilik Facebook dikenali sebagai Shahida Shaari mendakwa anaknya yang maut pada Mac lalu ketika dalam jagaan pengasuh.

Berdasarkan catatan dalam laman Facebook miliknya itu, wanita itu mendakwa pengasuh terbabit telah mengakui kesalahannya itu namun tiada siasatan polis dilakukan memandangkan dia mempunyai saudara sebagai anggota polis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×