Pelajar diikat di pokok bukan kes buli - Utusan Malaysia

Pelajar diikat di pokok bukan kes buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Polis mengesahkan kejadian seorang pelajar lelaki yang diikat dengan akar pada sebatang pokok di Kampung Penambang di sini sebelum videonya ditularkan bukan merupakan kes buli atau melibatkan jenayah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata, kejadian tersebut berlaku pada Isnin lalu dipercayai kira-kira pukul 1 petang di mana pelajar itu membiarkan rakannya mengikatnya dengan akar kayu di sebatang pokok.

“Kononnya “mangsa” mampu melepaskan diri daripada ikatan itu dalam tempoh tertentu. Namun video tersebut disebarkan oleh salah seorang rakan hingga menimbulkan kegusaran orang ramai,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hasanuddin berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut dan siasatan polis mendapati mereka hanya bergurau.

Berdasarkan rakaman berdurasi 30 saat itu, seorang pelajar sekolah diikat pada sebatang pokok di seluruh badannya menggunakan akar kayu. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×