Institusi tahfiz tangani masalah keruntuhan moral generasi muda - Utusan Malaysia

Institusi tahfiz tangani masalah keruntuhan moral generasi muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan didesak supaya tidak menutup sekolah tahfiz, sebaliknya memperkasakan institusi berkenaan yang dilihat mampu menangani masalah keruntuhan moral dalam kalangan generasi muda.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa, Roshan Zaki Othman berkata, pengisian dan pendedahan tentang kepentingan agama adalah amat penting dan perlu dipandang serius bagi mengimbangi kekuatan rohani serta akidah generasi mendatang.

“Berdasarkan kenyataan itu, Pemuda UMNO Bahagian Setiawangsa hari ini mendesak Kerajaan Pakatan Harapan untuk tidak menutup sekolah tahfiz tetapi menjadikannya sebagai platform untuk melahirkan lebih ramai lagi pendakwah atau pelajar yang mempunyai latar belakang ilmu al-Quran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malah di dalam manifesto Barisan Nasional sebelum ini juga pernah mencadangkan penubuhan sebuah Universiti al-Quran untuk melahirkan lebih ramai graduan hufaz,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Roshan, permintaan terhadap pusat tahfiz semakin tinggi dan ramai yang mahukan lebih banyak pusat tahfiz ditubuhkan serta diberi bantuan pembiayaan oleh kerajaan.

“Kami menyeru agar Kerajaan Pakatan Harapan mengkaji balik desakan keterlaluan pihak-pihak tertentu yang mahukan sekolah tahfiz ditutup.

“Kerajaan pada pendapat saya, perlu memperkasakan lagi pusat tahfiz di seluruh Malaysia dengan menambah lagi silibus subjek lain seperti matematik, sains dan subjek mata pelajaran lain,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×