Pas Perlis sedia pertimbangkan penyertaan Ismail Kassim - Utusan Malaysia

Pas Perlis sedia pertimbangkan penyertaan Ismail Kassim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR – Pas Perlis sentiasa terbuka menerima penyertaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim yang keluar UMNO pada 20 Jun lalu tetapi tidak diterima oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pesuruhjaya Pas Perlis, Mohd. Shukri Ramli berkata, secara peribadi beliau menerima penyertaan Ismail Kassim sekiranya berminat untuk menyertai parti itu di negeri ini.

“Namun, keputusan permohonannya hanya ditentukan oleh Pas Pusat kerana dia merupakan ADUN dan pernah memegang jawatan dalam UMNO sebelum ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Media melaporkan baru-baru ini, Pengerusi PKR Perlis, Mohammad Faisol Abd. Rahman menolak permintaan Ismail Kassim menyertai parti itu setelah mengemukakan borang keahlian bagi menyertai PKR Kedah di Pokok Sena.

Ismail pada 20 Jun lalu mengumumkan keluar UMNO selepas mendakwa telah hilang keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti itu dan bakal menyertai PPBM.

Namun, hasratnya ditolak pimpinan PPBM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×