UMK iktiraf 251 kakitangan cemerlang - Utusan Malaysia

UMK iktiraf 251 kakitangan cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 11 Julai – Seramai 251 kakitangan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan cemerlang mereka terhadap universiti sepanjang tahun lalu.

Dalam majlis di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota, di sini, hari ini, 103 daripada mereka menerima Anugerah Perhidmatan Cemerlang (APC), 38 orang menerima Anugerah Gemilang Universiti (AGU) dan enam orang menerima Anugerah Jasa Bakti (AJB).

Anugerah Jasa Universiti (AJU) pula diberikan kepada 102 penerima manakala Anugerah Jasa Setia (AJS) diberikan kepada dua penerima.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) kategori bukan akademik manakala Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) menerima AKNC kategori akademik.

Penyampaian semua anugerah berkenaan serta perasmian majlis disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rafi Yaacob; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Che Omar. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×