SOP perkahwinan bawah umur siap - Utusan Malaysia

SOP perkahwinan bawah umur siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 11 Julai – Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) telah siap menggariskan prosedur operasi standard (SOP) sebagai panduan kepada hakim sebelum membenarkan perkahwinan bawah umur.

Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rodziah Ismail berkata, sebelum ini tiada SOP yang digunakan oleh semua negeri sebagai panduan.

“Kami dimaklumkan penetapan SOP oleh JKSM adalah bagi memperketatkan lagi kelulusan perkahwinan bawah umur untuk umat Islam dan SOP ini bukanlah di bawah bidang kuasa kementerian tetapi di bawah JKSM.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebarang kenyataan lanjut berkenaan isu ini perlulah dirujuk kepada pihak JKSM,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut jelas Rodziah, pihak kementerian telah mengadakan pertemuan dengan pihak JKSM pada 2 Julai lalu bagi memberi input berkaitan SOP berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, walaupun SOP akan diwujudkan, komitmen kerajaan untuk menaikkan had umur minimum perkahwinan bawah umur kepada 18 tahun masih diteruskan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×