England bergaya benam Sweden - Utusan Malaysia

England bergaya benam Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ENGLAND berjaya menempah slot ke peringkat separuh akhir Piala Dunia 2018 buat pertama kali sejak tahun 1990 selepas menewaskan Sweden 2-0 pada aksi suku akhir di Arena Samara semalam.

DELE ALLI menjerit kepuasan selepas berjaya menjaringkan gol kedua
DELE ALLI menjerit kepuasan selepas berjaya menjaringkan gol kedua England ketika menewaskan Sweden 2-0 pada aksi suku akhir di Arena Samara semalam.

Skuad The Three Lions di bawah bimbingan Gareth Southgate dijangka menentang pemenang antara tuan rumah Rusia atau Croatia yang beraksi pada pukul 2 pagi tadi selepas Perancis dan Belgium menjadi dua pasukan pertama melangkah ke peringkat separuh akhir kelmarin.

Pada aksi di Arena Samara itu, England berjaya mendahului perlawanan pada minit ke-31 apabila Harry Maguire melakukan tandukan padu yang tepat menerjah ke gawang Sweden selepas memanfaatkan sepakan sudut Ashley Young.

Memuatkan artikel berkaitan…

England juga memiliki banyak peluang terhidang untuk menambahkan jaringan pada babak pertama, namun penyerang Manchester City, Raheem Sterling ternyata gagal mengambil kesempatan meskipun hanya berdepan penjaga gol Sweden, Robin Olsen.

Memasuki aksi babak kedua, England semakin ghairah untuk memburu jaringan dan ia hadir apabila hantaran cantik Jesse Lingard berjaya ditanduk kemas oleh Dele Alli yang berjaya melepasi perangkap offside untuk gol kedua pada minit ke-58.

Persembahan Sweden pula jelas tidak bermaya apabila sekadar merekodkan 42 peratus penguasaan bola bahkan hanya mencatatkan tiga percubaan tepat, namun serangan balas pantas anak-anak buah Janne Andersson itu hampir mengancam gawang England.

Pujian harus diberikan kepada penjaga gol The Three Lions, Jordan Pickford yang mempamerkan aksi menakjubkan apabila berjaya menyelamatkan tiga cubaan berbahaya daripada Marcus Berg dan Viktor Claesson dengan keputusan 2-0 kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×