Aura berbisa Serena - Utusan Malaysia

Aura berbisa Serena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pemegang 23 Grand Slam, Serena Williams percaya dirinya memiliki aura tersendiri dan tidak segan untuk menyifatkan dirinya sebagai pemain terhebat setelah melangkah ke pusingan keempat Wimbledon kelmarin.

Atlet berusia 36 tahun itu berkata demikian bagi membalas sindiran sinis rakan senegara, Madison Keys yang mendedahkan Serena sebagai ancaman kepada ramai pemain wanita.

Bagaimanapun, juara Wimbledon tujuh kali itu seakan-akan enggan merendah diri dan membuktikan kata-kata tersebut benar setelah menumpaskan pemain Perancis, Kristina Mladenovic, 7-5 7-6 (7/2) pada pusingan ketiga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya akui perkara tersebut. Setiap kali saya tampil di gelanggang, tidak kira selepas melahirkan anak atau menjalani pembedahan, pemain-pemain muda ini tetap berhempas pulas untuk tewaskan saya.

“Paling menarik, saya tidak rasa terlalu terancam kerana walaupun menonton corak permainan mereka sebelum bermain, mereka tetap mempersembahkan sesuatu yang berbeza setiap kali bertemu saya.

“Itu yang membuatkan saya seorang pemain yang bagus. Saya sentiasa membuatkan mereka bermain di potensi terbesar. Sehubu­ngan itu, saya harus menjadi pemain yang lebih kuat untuk mencabar mereka.

“Saya akui itulah aura yang sentiasa membuatkan pemain-pemain ini menjadikan saya sebagai sasaran untuk mereka tingkatkan ­prestasi diri. Mereka bangga jika dapat tewaskan saya kerana mereka anggap saya terbaik,” katanya. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×