Komik Kampung Boy dalam bahasa Sepanyol - Utusan Malaysia

Komik Kampung Boy dalam bahasa Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KARTUN animasi Kampung Boy sememangnya cukup popular dan terus mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana menceritakan tentang budaya orang Melayu.

Baru-baru ini, Duta Besar Malaysia ke Sepanyol, Zainal Abidin Bakar memberitahu bahawa komik popular itu akan diterjemah ke dalam bahasa Sepanyol, menjadikannya bahasa yang ke-15 diterjemah.

Kejayaan tersebut cukup membanggakan kerana ia memberikan ruang kepada rakyat Sepanyol untuk memahami dan mendekati budaya Melayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ditulis oleh kartunis terkemuka Malaysia, Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk Lat, Kampung Boy merupakan autobiografi perjalanan hidupnya sebagai anak kampung yang dibesarkan di Perak pada tahun 1950-an.

Kira-kira separuh daripada 1,000 buah buku yang diterjemah dalam bahasa Sepanyol telah pun dijual.

Sementara itu, seorang Profesor dari Universiti Cordoba, Raul Ramirez yang menulis prolog untuk edisi Sepanyol berkata, Kampung Boy mempunyai kaitan rapat dengan Sepanyol.

“Kisah penghijrahan daripada sebuah kampung ke kawasan bandar yang diceritakan dalam Kampung Boy sama dengan penghijrahan yang berlaku di Sepanyol.

“Perkara sama, iaitu penghijrahan penduduk dari kawasan luar bandar ke bandar, berlaku di kedua-dua negara, pada dekad yang sama,” ujarnya pada satu majlis di kedutaan itu di Madrid, Sepanyol baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×