Penduduk bantah projek perumahan `haram’ - Utusan Malaysia

Penduduk bantah projek perumahan `haram’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Sebanyak 5,000 penduduk sekitar Bandar Tun Razak (BTR) membantah projek pembinaan pangsapuri mampu milik di atas tanah rizab padang Jalan Jujur berhampiran kawasan perumahan mereka.

Setiausaha Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Padang Bola Sepak Jujur BTR, Mohamad Saiful Mansur mendakwa, projek itu dijalankan secara haram kerana tidak mendapat kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Bantahan telah dibuat penduduk sejak mula-mula projek itu dicadangkan tiga tahun yang lalu tetapi tidak diendahkan sehingga kerja-kerja pembinaan mula dijalankan pada tahun lepas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Difahamkan DBKL telah mengeluarkan notis henti tugas di tapak projek kepada pemaju, tetapi agak menghairankan apabila kerja-kerja di tapak projek masih berjalan seperti biasa sehingga hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN