Jamal dibawa ke mahkamah hari ini - Utusan Malaysia

Jamal dibawa ke mahkamah hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Julai – Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ampang, Selangor dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, Jamal dijangka tiba di KLIA pukul 2.15 petang dan akan dibawa terus ke mahkamah.

“Dia akan dituduh di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan kerana melarikan diri daripada tahanan sah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia juga mempunyai dua waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ampang pada 25 Mei lalu untuk dua pertuduhan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, waran tangkap itu dikeluarkan kerana Jamal melarikan diri sebelum mahkamah sempat mengikat jamin terhadapnya.

Dalam pada itu, peguam Jamal, Datuk Mohd. Imran Tamrin berkata, Jamal dilayan dengan baik sepanjang berada dalam tahanan pihak berkuasa Indonesia.

Jelasnya, Jamal berada dalam keadaan sihat walaupun kelihatan sedikit letih dan dijaga dengan baik oleh pihak Pejabat Polis Daerah (Polda) Metro Jaya.

“Saya telah melantik peguam di Indonesia, Adherie Zulfikri untuk menguruskan penahanan Jamal ekoran berlainan bidang kuasa dan sistem perundangan.

“Semalam, saya dibantu Adherie di Imigresen Indonesia untuk proses merakam keterangan dan siasatan sebelum dibawa semula ke Polda Metro Jaya.

“Saya juga dimaklumkan rakan peguam bahawa beliau akan dihantar pulang pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, dia dan keluarga Jamal mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Polis Republik Indonesia (Polri), kedutaan Malaysia dan Adherie yang membantu sepanjang Jamal ditahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN