Remaja didenda ‘sorok’ wang RM15,000 milik pengurus kewangan - Utusan Malaysia

Remaja didenda ‘sorok’ wang RM15,000 milik pengurus kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Seorang remaja didenda RM5,000 atau penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana menolong seorang lelaki mengalihkan wang berjumlah RM15,000 kepunyaan seorang pengurus kewangan ke dalam akaun miliknya, tahun lalu.


Majistret Umzarul An Nur Umar menjatuhkan hukuman itu selepas Mohammad Amiruddin Mazul, 21, mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut.


Remaja itu didakwa dengan curangnya menolong mengalihkan wang milik Hew Chi Hau, 38, ke dalam akaun Bank Islam miliknya di Jalan Damansara Height, Brickfields di sini kira-kira pukul 4.51 petang, 27 November 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Akmal Anuar mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.


Terdahulu, Mohammad Amiruddin yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia telah insaf.


Difahamkan, tertuduh telah menawarkan diri untuk membantu seorang lelaki lain bagi memasukkan sejumlah wang milik Chi Hau ke dalam akaun bank lelaki itu sebaliknya dia menyimpan wang berkenaan ke dalam akaun miliknya sendiri. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×