Syafeek Ikhwan bakal wakili negara ke Perancis - Utusan Malaysia

Syafeek Ikhwan bakal wakili negara ke Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 1 Ogos – Penyanyi berbakat besar, Syafeek Ikhwan, 30, tidak menjangka dirinya bakal diangkat sebagai juara pertandingan I-Sing Malaysia 2018 sekali gus melayakkannya mewakili negara ke peringkat akhir yang akan diadakan di Paris, Perancis pada September ini.


Menurut bintang realiti Juara Pujaan 2015 itu, kemenangan yang diraih dalam acara yang berlangsung Ahad lalu diibaratkan pucuk dicita ulam mendatang sementelah mengharungi liku mencabar bergelar anak seni selama tiga tahun.


“Alhamdulillah, Allah kabulkan doa saya untuk kembali menjejakkan kaki ke bumi Eropah itu melalui jalan yang tak pernah saya sangka.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Dulu, di sanalah tempat saya menimba ilmu di peringkat menara gading dan mempelajari banyak perkara tentang erti kehidupan.


“Insya-Allah, pada bulan depan saya akan ke Paris demi mengharumkan nama Malaysia dan merebut peluang memenangi habuan wang tunai berjumlah RM40,000 (USD10,000). 


“Sudah lama saya simpan hasrat untuk jejakkan semula kaki di sana setelah tamat belajar pada 2010 dan akhirnya hasrat saya ditunaikan,” ujarnya.


Syafeek yang pernah tampil menerusi single Tanpa Arah dan Teka-Teki berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komunikasi dari Universiti de Nice Sophia Antipolis, Perancis.


Tambahnya, sebanyak 40 buah negara menghantar perwakilan masing-masing untuk berentap di peringkat dunia yang dijadualkan berlangsung bermula 18 hingga 23 September hadapan. – UTUSAN ONLINE



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×