Rayuan UPUONLINE lepasan STPM/setaraf bagi sesi 2018/2019 dibuka hingga 6 Ogos - Utusan Malaysia

Rayuan UPUONLINE lepasan STPM/setaraf bagi sesi 2018/2019 dibuka hingga 6 Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Para pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf bagi sesi akedemik 2018/2019 yang membuat permohonan UPUOnline tetapi gagal mendapat tempat menyambung pengajian kini boleh mengemukakan rayuan melalui kaedah yang sama.

Rayuan UPUONLINE lepasan STPM/setaraf bagi sesi 2018/2019 dibuka hingga 6 Ogos
Rayuan UPUONLINE lepasan STPM/setaraf bagi sesi 2018/2019 dibuka hingga 6 Ogos

Rayuan dibuka selama lima hari bermula pukul 12 tengah hari semalam, 31 Julai sehingga 6 Ogos hadapan dan ditutup pada pukul 11.59 malam.

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU dengan masuk ke pautan rasmi http://upu.mohe.gov.my dan terdapat empat langkah atau kaedah untuk mengemukakan rayuan perlu diikuti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perayu perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk membuka laman tersebut, memilih empat program yang ingin diikuti, klik sah serta hantar dan cetak slip permohonan tersebut.

Rayuan permohonan sah hanya untuk kemasukan ke universiti awam dan Politeknik Premier. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×