HFMD : Jumlah mangsa dirawat di hospital meningkat kepada enam orang - Utusan Malaysia

HFMD : Jumlah mangsa dirawat di hospital meningkat kepada enam orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 12 Julai – Jumlah murid sekolah yang dirawat di hospital di negeri ini akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) meningkat kepada enam orang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri , Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri, Dr. Afif Bahardin berkata, jumlah itu membabitkan empat murid yang dirawat di Hospital Pulau Pinang .

Katanya, dua lagi mangsa masing – masing dirawat di Hospital Seberang Jaya dan Hospital Bukit Mertajam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“ Jumlah kes yang dicatatkan ketika ini ialah sebanyak 1,783 berbanding 1,691 pada hari sebelumnya,” katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, berdasarkan statistik terbaharu kes HFMD di negeri ini, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 69.5 peratus berbanding tahun sebelumnya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×