Kerajaan terus perkasa golongan petani dan nelayan - Salahuddin - Utusan Malaysia

Kerajaan terus perkasa golongan petani dan nelayan – Salahuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR – Kerajaan akan meneruskan usaha memperkasakan golongan petani dan nelayan kecil agar mereka tidak bergantung kepada subsidi dan bantuan yang diberikan oleh kerajaan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , Salahuddin Ayub berkata, sudah tiba masanya bagi kerajaan memberikan “joran” dan bukannya “ikan” kepada golongan ini supaya mereka dapat mengubah kehidupan mereka serta keluar dari garis kemiskinan.

“Kita akan meneruskan bantuan kepada mereka, namun insentif-insetif perlu diperkukuhkan dan diperkayakan dengan latihan supaya ia berbuah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan berbekalkan latihan dan bantuan mereka tidak perlu lagi memberi fokus kepada satu pekerjaan semata-mata sebaliknya mencari peluang lain bagi memperbaiki kehidupan,” katanya pada majlis penyerahan keahlian baharu Parti Amanah di Bakri malam tadi.

Beliau berkata, sebagai contoh apabila tidak ke laut nelayan kecil boleh mengusahakan tanah terbiar dengan aktiviti pertanian yang menambah punca pendapatan seperti mengusahakan tanaman nenas, sayur-sayuran dan sebagainya. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×