Shahidan nafi kena strok - Utusan Malaysia

Shahidan nafi kena strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 13 Jun – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim negeri menafikan beliau diserang strok atau angin ahmar sebagaimana laporan sebuah portal petang tadi.

Sebaliknya Shahidan memberitahu, beliau hanya mengalami penyakit gangguan saraf pada bahagian kaki yang dijangka sembuh dalam tempoh terdekat.

“Keadaan saya makin baik malah masih boleh ke masjid. Sekarang saya masih menggunakan kerusi roda kerana kaki masih belum kuat dan memerlukan rawatan fisioterapi serta mengurut,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebuah portal berbahasa Inggeris petang tadi melaporkan Shahidan diserang angin ahmar beberapa hari lalu.

Sementara itu, Shahidan berkata, beliau masih lagi aktif menghadiri pelbagai aktiviti parti setiap hari di negeri ini.

“Sebaik-baiknya sebelum membuat kenyatan mengenai keadaan saya boleh bertanya sendiri kepada saya, isteri atau ahli keluarga terdekat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini