MBPP gantung perkhidmatan syarikat jet ski terlibat kemalangan maut - Utusan Malaysia

MBPP gantung perkhidmatan syarikat jet ski terlibat kemalangan maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 13 Jun – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menggantung serta merta perkhidmatan syarikat jet ski, HKM Water Sport yang terlibat dalam kemalangan sehingga mengakibatkan seorang kanak – kanak lelaki maut dalam kejadian di Pantai Batu Feringghi di sini kelmarin.

YEW TUNG SEANG
YEW TUNG SEANG

Datuk Bandar MBPP, Yew Tung Seang berkata, pihaknya juga telah menubuhkan jawatankuasa khas yang telah mengadakan mesyuarat pagi tadi untuk menyiasat insiden berkenaan.

Bagaimanapun beliau memberitahu, tindakan lanjut akan diambil selepas pihak polis selesai menjalankan siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika ini dua buah jet ski yang dimiliki oleh syarikat berkenaan sudah dinaikkan ke pantai untuk proses siasatan.

“MBPP berasa sedih berhubung kemalangan yang mengorbankan nyawa kanak- kanak itu. Ini kerana garis panduan keselamatan telah disediakan sebelum ini,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam pada Isnin lalu, Jordan Phang Wen Jie, 9, maut selepas jet ski yang dinaiki bertembung dengan sebuah jet ski lain. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini