Tiada yang mampu halang Brazil – Tite - Utusan Malaysia

Tiada yang mampu halang Brazil – Tite

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RUSIA – Jurulatih Brazil, Tite berpendapat pasukannya ba­gaikan ‘tiada had’ selepas menyaksikan kejayaan menewaskan Austria 3-0 dalam aksi pemanas badan kelmarin.

Dalam aksi itu, Neymar, Gabriel Jesus dan Philipe Coutinho masing-masing menjaringkan satu gol di Vienna.

Tite turut mengakui pemain bintangnya, Neymar semakin sukar untuk disekat apabila penyerang Paris Saint-Germain (PSG) itu sekali lagi mempamerkan persembahan cemerlang mengetuai jentera serangan skuad Samba.

Satu gol tersebut menyaksikan Neymar kini muncul sebagai penjaring ketiga terba­nyak Brazil biarpun masih ketinggalan 22 gol di belakang penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil, Pele yang meledak 77 gol.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, Tite percaya persembahan cemerlang tersebut bakal dijadikan suntikan motivasi terbaik buat anak-anak buahnya sebelum memulakan kempen Piala Dunia 2018 bertemu Switzerland dalam aksi Kumpulan D.

“Saya sendiri tidak tahu setakat mana had Neymar. Dia memiliki kebolehan yang cukup baik dan me­ngagumkan. Apabila kami mengarahkannya bermain secara bebas pada baki 15 minit terakhir, dia umpama ‘harimau terluka’.

“Selain itu, persembahan Jesus dan Coutinho juga mencuri tumpuan. Saya percaya kemenangan ini telah memberikan gambaran mengenai moral pasukan kami sebelum turun bermain pada Piala Dunia nanti,” katanya.

Neymar beraksi selama 83 minit sebelum digantikan oleh Douglas Costa. Tite membuat keputusan itu kerana tidak mahu Neymar dibelenggu kecederaan lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini