Cat serikan dulang, bekas kuih lama - Utusan Malaysia

Cat serikan dulang, bekas kuih lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DULANG, bekas atau balang kuih raya bukanlah barangan yang perlu diganti setiap tahun bagi kebanyakan orang. Tidak seperti pakaian raya yang boleh berubah fesyen dan saiz atau langsir yang akan lusuh seiring kitaran waktu dan mungkin wajar berganti setiap kali lebaran.

Ia boleh jadi hanya akan dikeluarkan dari almari beberapa hari sebelum 1 Syawal untuk dibersihkan dan akan disimpan cermat apabila musim perayaan berakhir untuk kegunaan tahun-tahun berikutnya.

Dalam hal ini, perkakas tersebut boleh dikatakan menjadi lambang kita meraikan tetamu di hari mulia sekali gus menjadi wadah utama dalam menyajikan juadah raya yang enak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, apa kata beri nafas baharu kepada balang biskut raya atau dulang menghidang kuih muih dengan mewarnakannya dengan cat Nippon Paint Momento Special Effect Paint.

Pemilihan cat yang betul mampu menaikkan lagi mood atau suasana ceria. Hanya dengan lapisan cat menggunakan satu atau gabungan beberapa warna atau corak yang menarik boleh menambah seri dan memberi elemen eksklusif kepada bekas kuih raya di rumah.

Pereka Dalaman, Ben Firdaus Azraai berkata, idea dekorasi Do It Yourself (DIY) menggunakan cat boleh dicurahkan pada medium diperbuat daripada kayu dan kaca dan tidak sekadar terhad diaplikasikan pada dinding rumah semata-mata.

“Ia boleh mengubah sesuatu peralatan yang tampak kosong atau mungkin membosankan kepada sesuatu yang menarik mengikut daya kreativiti seseorang,” ujarnya pada Bengkel Inspi-Raya di Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Kaedah mengecat boleh dibahagikan kepada tiga langkah mudah. Peringkat pertama ialah kita perlu menampak pita pelekat untuk membentuk corak yang diingini pada permukaan barangan yang ingin dicat.

Setelah itu, proses mengecat lapisan pertama boleh dilakukan. Proses itu dilakukan beberapa kali sehingga keseluruhan ruang yang diwarnakan rata, kemas dan memuaskan hati. Langkah terakhir ialah menanggalkan pita pelekat selepas cat kering.

Kelebihan menggunakan Nippon Momento Special Effect Paint ialah ia tidak berbuih, berfungsi dengan baik pada permukaan tidak rata, mesra alam dan tidak mengelupas. 
– SITI AMINAH MOHD. YUSOF

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini