Bank hilang RM39.8 juta selepas digodam - Utusan Malaysia

Bank hilang RM39.8 juta selepas digodam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANTIAGO 12 Jun – Saham Bank of Chile mengalami kejatuhan semalam selepas pegawainya mengesahkan penggodam te­lah merompak lebih AS$10 juta (RM39.8 juta) daripada dana bank yang dihantar secara elektronik terutamanya ke Hong Kong.

Bank perdagangan yang kedua terbesar di negara ini bagaimanapun mengesahkan tiada akaun pelanggan yang terjejas akibat kejadian tersebut.

Rompakan siber itu adalah yang terbaharu dalam rentetan serangan sedemikian, termasuk di Mexico pada Mei lalu di mana penjenayah menggunakan pesanan dan akaun palsu untuk mencuri ratusan juta peso Mexico daripada bank negara, termasuk badan kewangan Banorte.

Memuatkan artikel berkaitan…

Saham Bank of Chile, yang dikendalikan oleh keluarga Luksic Chile dan Citigroup, susut sebanyak 0.47 peratus kepada 100.4 peso Chile (RM0.63) pada urus niaga waktu tengah hari.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Eduardo, Ebensperger memberitahu akhbar harian Chile, La Tercera, pengodam pada awalnya menggunakan virus untuyk mengalihkan tum­puan, sehingga mendorong bank memutuskan sambungan lebih 9,000 komputer di cawangan bank seluruh negara pada 24 Mei lalu untuk melindungi akaun pelanggan.

Pengodam kemudian menggunakan perkhidmatan pesanan bank sejagat SWIFT untuk memulakan beberapa siri penyeleweng­an sebelum ia disedari oleh bank dan bertindak membatalkannya.

Bagaimanapun, tindakan itu berjaya dikesan pihak bank tetapi hanya selepas berjuta-juta wang telahpun disalurkan ke akaun luar negara.

“Tindakan ini sengaja dilakukan untuk menjejaskan bank, bukan pelanggan kami,” kata Ebensperger.

Ebensperger berkata, analisis forensik yang dijalankan oleh Microsoft mendapati serangan itu mungkin dilakukan kumpulan penggodam antarabangsa yang canggih, mungkin dari Eropah Timur atau Asia, dan bank itu telah memfailkan aduan jenayah di Hong Kong.

Bank itu dalam penyata kewangan Mei lalu mengesahkan bahawa pihaknya akan bekerjasama de­ngan syarikat insurans untuk mendapatkan kembali dana yang hilang itu.–REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini