Lelaki Bangladesh ditimbus tanah - Utusan Malaysia

Lelaki Bangladesh ditimbus tanah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Jun – Berpantang maut se­-
belum ajal. 

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat berusaha mengeluarkan seorang lelaki warga Bangladesh yang tertimbus dalam lubang di Jalan Besar, Kluang, Johor, semalam. IHSAN BOMBA DAN PENYELAMAT

Itulah perumpama­an sesuai bagi menggambarkan detik cemas seorang warga Bangladesh yang ter­-
jatuh dan tertimbus ke da­-
lam lubang sedalam ti­ga meter petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, lelaki tersebut yang hanya dikenali sebagai Aslam Sheikh, berusia 20 tahun bernasib baik apabila berjaya dikeluarkan oleh pa­sukan bomba dan penyelamat dalam keadaan selamat.

Pegawai Operasi dari Ba­lai Bomba dan Penyelamat Kluang, Abd. Satar Monel berkata, kejadian berlaku di Jalan Besar, Kluang dan pihaknya menerima maklumat tentang insiden itu pada pukul 1.26 petang.

“Mangsa dikatakan terjatuh ke dalam lubang sedalam tiga meter yang digali oleh sebuah syarikat membuat jubin.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba 40 minit kemudian sebelum dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Utusan Malaysia difahamkan mangsa kini berada dalam keadaan stabil.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini