Shopee lancar kempen Demam Bola sempena Piala Dunia - Utusan Malaysia

Shopee lancar kempen Demam Bola sempena Piala Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Platform e-dagang terkemuka, Shopee melancarkan kempen Demam Bola bersama Shopee selama sebulan bermula 14 Jun hingga 15 Julai depan yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk disertai pengguna.

Antaranya ialah jemputan eksklusif ke Majlis Tontonan Perlawanan Akhir Piala Dunia, promosi Beli 1 Percuma 1 bagi jualan tiket perlawanan bola sepak tempatan dan Pencarian Pasukan Bola Sepak Kegemaran Malaysia yang menawarkan baucar tunai bernilai sehingga RM500,000.

Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho berkata, kempen tersebut akan menggabungkan kemeriahan Piala Dunia dengan saingan arena bola sepak tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan selalu kita dapat menyaksikan Piala Dunia serentak dengan Shopee Piala FA Malaysia, sebab itu kami melancarkan Kempen Demam Bola ini untuk menyemarakkan minat mendalam terhadap bola sepak.

“Hasrat kami adalah meningkatkan aliran pendapatan bagi kelab bola sepak Malaysia dengan memberi sokongan terhadap Shopee Piala FA Malaysia dan Liga Super Malaysia menerusi jualan tiket dan cenderahati di platform kami,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sepanjang tempoh kempen berkenaan, orang ramai turut ditawarkan pelbagai produk berasaskan sukan seperti pakaian dan kelengkapan bola sepak dengan potongan harga sehingga 90% di platform Shopee. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini