Enggan tampil, Musa dianggap melengahkan siasatan - Utusan Malaysia

Enggan tampil, Musa dianggap melengahkan siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Keengganan bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman memberi kerjasama terhadap pasukan polis disifatkan sebagai melengah-lengahkan siasatan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, beliau berharap Musa segera tampil bagi membolehkan pihak polis merakamkan keterangannya.

“Usaha mengambil keterangan Musa masih giat dijalankan. Justeru, kami berharap beliau (Musa) dapat tampil segera bagi membantu siasatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai pemimpin, adalah lebih elok beliau membantu dalam melengkapkan siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Serah Terima Tugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di sini hari ini.

Terdahulu, Musa merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah diburu pihak polis bagi membantu siasatan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin pada 14 Mei lalu.

Majlis berkenaan menyaksikan serahan tugas antara Timbalan Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah, Datuk Omar Mammah yang mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Razarudin Husain @ Abd. Rasid yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Perak.

Turut berlangsung adalah serah terima tugas antara Pemangku Ketua Jabatan Sumber Strategik, Deputi Superintendan Wong Leong Meng yang mengambil alih jawatan itu daripada Asisten Komisioner Ramli Sarani. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini