MCCF raikan 120 anak yatim dan fakir miskin - Utusan Malaysia

MCCF raikan 120 anak yatim dan fakir miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jun – Sebanyak 120 anak yatim dan fakir miskin diraikan Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) dalam majlis berbuka puasa di Dewan Singgahsana Pengantin, Seksyen 28, Shah Alam, Selangor malam tadi.

Turut diraikan dalam Program ‘Majlis Iftar Ramadan MCCF Bersama Anak-Anak Yatim’ yang diadakan buat kali kedua ini ialah 30 ibu tunggal dan pelarian Syria.


Pengerusi MCCF, Halim Ishak berkata, majlis berbuka puasa ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama rakan strategik.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Sementara menunggu berbuka puasa, sesi tazkirah telah disampaikan oleh Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek yang merupakan Penasihat Biro Dakwah, Sosial dan Kebajikan MCCF.


“Selain itu sumbangan duit raya turut dihulurkan kepada semua anak yatim yang hadir,” katanya.


Menurut Halim, sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang menjaga kepentingan komuniti masyarakat di negara ini, MCCF akan terus menganjurkan program dan aktiviti kebajikan.


“Majlis seumpama ini dapat melahirkan rasa keinsafan, kesyukuran, dan kenikmatan.


“Ia turut merapatkan hubungan dengan mereka yang memerlukan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini