600 syiling emas ditemui di rumah usang - Utusan Malaysia

600 syiling emas ditemui di rumah usang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Sebuah kumpulan pekerja yang dipanggil untuk merobohkan sebuah rumah usang di barat Perancis menemui sejumlah wang emas pada minggu lalu.

Pekerja-pekerja itu menemui sebuah bekas plumbum di rumah tersebut di bandar Pont-Aven, rantau Brittany dan menyangka ia kelongsong artileri era Perang Dunia Ke-2.

Namun apabila menggoncangnya, me­reka mendengar bunyi duit syiling berlaga, kata ketua syarikat pembinaan Bat’isol, Laurent Le Bihan kepada agensi berita AFP semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pekerja-pekerja itu menemui 600 ke­ping syiling emas Belgium berasal dari tahun 1870 dan tertera wajah Raja Leopold II yang memerintah dari tahun 1856 hingga 1909.

Nilai harta karun itu yang diserahkan kepada polis masih tidak dapat dipastikan.

Namun, berdasarkan jumlah yang biasa dibayar untuk syiling sedemikian, wang emas itu dipercayai bernilai lebih AS$118,000 (RM470,644), lapor akhbar Perancis, Ouest-France.

Di bawah undang-undang Perancis, hasil jualannya perlu dibahagi sama rata antara pihak yang membuat penemuan dan tuan tanah di mana penemuan itu dilakukan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini