Perubahan kepimpinan SAM bagi penggal 2018-2020 - Utusan Malaysia

Perubahan kepimpinan SAM bagi penggal 2018-2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENGARAH Eksekutif Northern Corridor Promotions Sdn. Bhd., Jasnie Shafie menang tanpa bertanding jawatan Presi­den Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) pada mesyuarat agung dwitahunan SAM bagi penggal 2018-2020 yang berlangsung di sebuah hotel di Peta­ling Jaya kelmarin.

Beliau yang pernah berkhidmat sebagai pengulas sukan sambilan Radio Tele­visyen Malaysia (RTM) menggantikan Naib Presiden Kanan Berita dan Majalah Astro Arena, Ahmad Khawari Mohd. Isa yang memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya sejak lima penggal lepas.

Penganalisis Sukan, Asan Ahmad pula mengekalkan jawatan Timbalan Presiden SAM selepas menerima 48 undi berban­ding pencabarnya, penolong editor sukan New Straits Times, Ajitpal Singh yang meraih 24 undi daripada 72 anggota SAM yang mengundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Penerbit rancangan RTM, Norismadi Abdul Manap dan Pengurus Foto Kumpulan Media Karangkraf, Izahar Atan juga kekal sebagai Naib Presiden SAM setelah menang tanpa bertanding.

Ketua Meja Sukan Bernama, Farha­nah Azmi pula dipilih sebagai Bendahari selepas meraih 42 undi berbanding pencabarnya, Aida Adillah Mat daripada Harian Metro yang memperoleh 30 undi.

Dalam pada itu, wartawan sukan Bernama, Zuriati Zulmi merupakan antara lima individu yang dilantik sebagai anggota exco SAM setelah menerima undian tertinggi daripada 72 anggota SAM yang mengundi.

Empat pengamal media lain yang dipi­lih sebagai anggota exco SAM ialah Mohd. Hafizal Hamad (Astro Arena), Mohd. Hazreen Nor Mubarak (TV3), Ku Mohd. Lufti Ku Yahya (Sports 247) dan Ahmad Fazli Mohd. Yadi daripada akhbar Kosmo!. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini