Pemandu van maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan - Utusan Malaysia

Pemandu van maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PITAS – Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Kesagaan, dekat sini petang semalam.

Mangsa yang maut ialah Muksin Mambong, 40, yang juga pemandu van manakala lelaki yang cedera parah pada bahagian kaki ialah pemandu sebuah lori treler berusia 32 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintenden Mohd. Izaan Abdullah berkata, kejadian pada 3 petang itu berlaku apabila lori dengan muatan kayu balak dari arah Kota Marudu menuju ke arah Pitas telah hilang kawalan menyebabkan kenderaannya memasuki lorong bertentangan sebelum terbalik.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lori itu kemudian menggelongsor ke hadapan sebelum bertembung pula dengan van yang tiba-tiba berlanggar dengan kenderaan pacuan empat roda yang berada di belakangnya.

Anggota Bomba dan Penyelamat Kota Marudu mengeluarkan kedua-dua pemandu van serta lori yang tersepit dalam kenderaan masing-masing sebelum dihantar ke hospital, manakala wanita yang memandu kenderaan pacuan empat roda terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan.
Moksin disahkan meninggal dunia di Hospital Pitas pada 7.55 malam tadi. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini