Annuar umum jawatan bakal ditandingi minggu depan - Utusan Malaysia

Annuar umum jawatan bakal ditandingi minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa bercadang untuk bertanding pada pemilihan UMNO, namun akan membuat pengumuman jawatan apa yang bakal ditandingi itu pada minggu depan.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata, beliau perlu melawat banyak negeri bagi memberi penerangan supaya proses pemilihan parti tersebut berjalan dengan baik.

“Sekarang ini saya mahu tumpukan untuk membantu pentadbiran parti, banyak kerja yang perlu dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia amanah parti yang perlu saya jalankan untuk bertemu akar umbi parti, pokoknya parti sudah membuka seluasnya dan mengalukan sesiapa sahaja tawarkan diri untuk bertanding,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini, malam tadi. 

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Ketereh berkata, anggota parti kali ini mahukan pemilihan berjalan dengan baik, tidak berkumpulan, tiada politik wang dan seharusnya tiada amalan-amalan negatif sepanjang proses pemilihan itu. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini