Tidak berhasrat rebut timbalan, naib presiden - Utusan Malaysia

Tidak berhasrat rebut timbalan, naib presiden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LARUT 5 Jun – Datuk Seri Hamzah Zainudin akan mempertahankan jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang disandangnya pada pemilihan parti kali ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, keputusan yang diambilnya itu adalah bagi meneruskan lagi agenda parti sebagai pembela nasib rakyat.

Malah katanya, sebagai Ahli Majlis Tertinggi, telah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan kelangsungan UMNO dalam membela orang Melayu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak berhasrat untuk merebut jawatan timbalan pre­siden dan naib presiden, sebaliknya hanya mempertahankan jawatan sebagai Ahli Majlis Ter­tinggi sahaja.

“Apa yang penting saya mahu meneruskan perjuangan bersama pejuang-pejuang kita yang ada,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Bantuan Tabung Pahlawan dan Berbuka Puasa di Dewan Sungai Bayor di sini malam tadi.

Menurut Hamzah, sejak penubuhannya, UMNO adalah sebuah pertubuhan yang kekal dalam memperjuangkan nasib bangsa, agama dan negara.

Oleh itu katanya, perjuangan tersebut akan kekal sampai bila-bila bagi memastikan parti tersebut kekal relevan.

“Apabila kita mempunyai satu pertubuhan tetapi orang Me­layu tidak bersatu, maka akhirnya kita akan hilang kuasa. Jadi saya mahu pastikan perkara yang te­lah berlaku tidak berulang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini