Kementerian Pendidikan siasat dakwaan wujud unsur pembayaran untuk pertukaran guru - Utusan Malaysia

Kementerian Pendidikan siasat dakwaan wujud unsur pembayaran untuk pertukaran guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan akan melakukan siasatan dalaman berhubung penularan mengenai terdapat unsur penipuan melibatkan pembayaran dalam urusan pertukaran guru di laman sosial Facebook sejak semalam.

Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, isu tuduhan tersebut adalah amat berat membabitkan integriti pegawai-pegawai di kementerian tersebut.

Katanya, satu laporan polis juga telah dilakukan di sebuah balai polis di Putrajaya semalam oleh kementerian bagi menyiasat perkara tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya mengambil serius isu tersebut dan memastikan mereka yang mengambil kesempatan dan menyalahgunakan kuasa akan diambil tindakan tegas.

“Kita nasihatkan guru-guru supaya terus berhubung dengan kementerian dan bukannya pihak luar atau ketiga bagi mengelakkan unsur-unsur penipuan berkaitan permohonan pertukaran guru,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Karnival Karangkraf di Kompleks Karangkraf di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas komen seorang pengguna yang memuat naik bahawa terdapat unsur penipuan melibatkan pembayaran dalam pengurusan pertukaran guru di laman sosial Facebook.

Maszlee menegaskan proses kelulusan pertukaran seorang guru berdasarkan kepada tiga kriteria utama iaitu Kepentingan Perkhidmatan, Kekosongan Perjawatan serta Keperluan Opsyen di sesebuah sekolah di negeri yang dimohon.

Jelas beliau, alasan-alasan permohonan yang dipertimbangkan dalam penentuan kelulusan pertukaran termasuk sakit kronik, ancaman keselamatan, mengikut pasangan dan tempoh berkhidmat di sesebuah sekolah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini