Pegawai kanan SPRM didakwa - Utusan Malaysia

Pegawai kanan SPRM didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 9 Julai – Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang pernah ditangkap khalwat hujung tahun lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memberi maklumat palsu kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Fikri Ab. Rahim, 43, menga­ku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Mahkamah kemudian membenarkan tertu­duh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan sementara menunggu sebutan kes pada 6 Ogos ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan, Fikri yang merupakan bekas Pengarah Bahagian Pengubahan Wang Haram dan Perlucutan Hak (AMLFOP) di SPRM didakwa memberi maklumat palsu kepada dua kakitangan JAIS mengenai nama pasa­ngan dalam borang maklumat peribadi Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS.

Pertuduhan itu didakwa dilakukan tertuduh kepada Fatin Afikah Mohamad Mustapa di Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, di sini kira-kira pada pukul 4 pagi, 16 Disember lalu.

Bagi pertuduhan kedua, Fikri yang diwakili peguam, Datuk Kamarul Hi­sham Kamaruddin, didakwa melakukan perbuatan yang sama kepada Mariah Mukhyuddin pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×