Biro Tata Negara bakal dimansuhkan - Utusan Malaysia

Biro Tata Negara bakal dimansuhkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Julai -–Kerajaan Pakatan Harapan akan memansuhkan Biro Tata Negara (BTN) tidak lama lagi.

SYED SADDIQ ABDUL RAHMAN
SYED SADDIQ ABDUL RAHMAN

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, perkara itu masih dalam proses perbincangan dan pengumuman mengenai pemansuhan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

“Saya mahu memperbetulkan kenyataan beberapa media sebelum ini bahawa BTN tidak akan dimansuhkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“BTN akan dimansuhkan, pengumuman tersebut akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya dalam Forum Perubahan Keadaan Landskap Politik dan Aspirasi Golongan Muda di Sunway University, di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan akan mengkaji cadangan memansuhkan BTN yang dikemukakan beberapa pihak.

Kata beliau, ini kerana kerajaan mendapati BTN dan beberapa organisasi lain ditubuhkan untuk kepentingan Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, mengulas mengenai cadangan menurun­kan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, Syed Saddiq berkata, kerajaan komited untuk melaksanakan perkara itu dalam penggal ini.

“Apa yang saya boleh katakan adalah, cadangan tersebut akan dilaksanakan dalam penggal ini.

“Saya tidak pasti sesi Parlimen yang mana kerana ia memerlukan perbincangan ke­pemimpinan tertinggi Pakatan Harapan, namun ia dilaksanakan dalam penggal ini.

“Dr. Mahathir komited untuk melaksanakan cadangan tersebut malah beliau turut menyatakan sokongannya,” katanya

Syed Saddiq berkata, selepas kerajaan membuat pengumuman membenarkan individu berumur 18 tahun untuk mengundi, insentif besar bakal diberikan kepada parti politik bagi mewujudkan kesedaran kepada golongan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×