Kebakaran besar di pelabuhan Bali - Utusan Malaysia

Kebakaran besar di pelabuhan Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENOA, Indonesia – Satu kebakaran besar memusnahkan berpuluh-puluh buah bot di pelabuhan Bali semalam, manakala anggota bomba terus ber­usaha untuk memadamkan api dan mengawal keadaan.

Kebakaran yang bermula sekitar tengah malam di pulau percutian Indonesia itu memusnahkan 40 buah bot tempatan, namun tiada kecederaan dilaporkan, kata polis.

“Setakat ini tiada kemalangan jiwa berlaku,” kata jurucakap polis Bali, Hengky Widjaja kepada agensi berita AFP.

Memuatkan artikel berkaitan…

Imej dari pelabuhan Benoa yang terletak dekat pusat pelancongan popular, Kuta menunjukkan api marak dan kepulan asap hitam naik ke udara.

Seorang kru bot dikenali sebagai Supriyanto berkata, dia sedang tidur apabila terjaga dan melihat bahagian atas botnya terbakar sebelum api merebak dan membakar bot berhampiran.

Kebakaran itu dikatakan berpunca daripada kerosakan elektrik, namun puncanya masih disiasat. Kemalangan tidak disengajakan kerap berlaku di Indonesia ekoran peraturan keselamatan kebakaran selalu diabaikan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×