Empat rekaan jambatan tema koleksi terbaharu Pos Malaysia. - Utusan Malaysia

Empat rekaan jambatan tema koleksi terbaharu Pos Malaysia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 JUN – Orang ramai terutamanya peminat dan pengumpul setem boleh segera dapatkan siri setem terbaharu yang bertemakan ‘Struktur Unik’ iaitu reka bentuk jambatan yang unik di negara ini.

Terdapat empat jenis reka bentuk jambatan terpilih untuk keluaran yang ke-11 Pos Malaysia pada tahun ini, termasuklah Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah di Kuala Kangsar, Perak; Jambatan Tamparuli di Sabah; Jabatan Seri Wawasan, Putrajaya dan Jambatan Darul Hana di Kuching, Sarawak.

Pegawai Kanan Unit Setem dan Filateli, Norsad Saad berkata, para peminat setem pasti akan teruja melihatkan keunikan setem-setem jambatan tersebut yang dihasilkan dengan lukisan yang menarik dan penuh seni.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setem yang bertemakan jambatan kerana ia berkait rapat dengan kehidupan manusia sejak dari dahulu lagi untuk berhubung dengan suatu tempat yang lain,” katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Norsad berkata, Pos Malaysia akan mula menjual setem tersebut pada harga 60 sen dan 80 sen setiap satu bermula pada Khamis ini. – UTUSAN ONLINE

HABIS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini