Menteri Pertahanan lawat Cox Bazar Julai ini - Utusan Malaysia

Menteri Pertahanan lawat Cox Bazar Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 24 Jun – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu akan mengadakan lawatan ke kem pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh pada awal Julai ini bagi meraikan petugas-petugas kesihatan dan tentera pengaman Malaysia yang bertugas di kem berkenaan.

Mohamad berkata, lawatan yang akan diadakan pada 4 Julai itu turut membawa bantuan logistik termasuk bantuan perubatan, khemah serta makanan.

Menurutnya, lawatan itu bertujuan untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama kira-kira 60 orang petugas Malaysia yang sedang berkhidmat di kem pelarian tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita akan bertolak pada awal pagi 4 Julai ini menggunakan pesawat tentera.

“Pesawat ini mempunyai kapasiti kargo yang luas dan boleh memuatkan banyak bantuan untuk disalurkan kepada pelarian di kem itu,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Amanah Selangor di Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub; Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun.

Mohamad turut mengalu-alukan sumbangan orang ramai untuk diberikan kepada pelarian di kem itu sempena lawatan tersebut.

“Mereka yang berminat bolehlah terus menyalurkan sumbangan kepada Biro Kebajikan Amanah selewat-lewatnya pada 2 Julai ini.

“Bantuan berbentuk maka­nan seperti coklat, gula-gula, roti dan makanan lain amat dialu-alukan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini