Tindakan mengiktiraf komunis tidak masuk akal - Utusan Malaysia

Tindakan mengiktiraf komunis tidak masuk akal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 12 Ogos – Menteri Besar. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar hari ini menyifatkan tindakan pihak tertentu yang cuba mengiktiraf komunis antara pejuang kemerdekaan negara sebagai tidak masuk akal sama sekali.

Beliau seterusnya meluahkan rasa hairan dan pelik dengan tindakan pihak terbabit yang berusaha untuk memberi penghargaan kepada komunis.

Dr. Ahmad Samsuri juga tidak faham bagaimana isu seumpama itu timbul sedangkan Malaysia mencapai kemerdekaan melalui keringat, darah serta nyawa para anggota keselamatan dan golongan inilah yang sepatutnya diberi penghargaan tinggi, bukannya komunis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya pun tak faham sebab apa isu ini boleh timbul dalam negara kita ini telah capai kemerdekaan dan perjuangan melalui keringat, darah dan nyawa anggota keselamatan kita.

“Penghargaan tinggi seharusnya diberi kepada mereka ini (anggota keselamatan) dan saya tak faham kenapa pihak yang mempunyai pemikiran berbeza (komunis) cuba diberi penghargaan. Saya tak faham dan tak logik langsung,” katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Menteri Besar mengulas isu berkenaan ketika negara sedang membuat persiapan meraikan sambutan Hari Kebangsaan tahun ini bertemakan Sayangi Malaysiaku dan dijadual berlangsung

di Putrajaya, 31 Ogos nanti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×