Andre Justo bertemu 
lagi Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Andre Justo bertemu 
lagi Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 21 Mei – Warganegara Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo hari ini sekali lagi bertemu Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini.

Beliau kelihatan memasuki pekarangan bangunan menaiki kereta jenis Mercedes Benz pada kira-kira pukul 12.45 te­ngah hari dan keluar pada pukul 2 petang.

Justo dilaporkan telah bertemu Dr. Mahathir, kelmarin.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau merupakan orang pen­ting dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sebelum ini, beliau pernah didakwa berkongsi maklumat mengenai badan pelaburan berkenaan dengan Clare.

Selepas Pakatan Harapan menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-14, Dr. Mahathir mengarahkan siasatan 1MDB dibuka semula.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya hadir ke ibu pejabat itu, esok.

Siasatan pada hari Selasa ini dikatakan berkisar kepada anak syarikat 1MDB iaitu SRC International.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini