China lancar satelit pemancar - Utusan Malaysia

China lancar satelit pemancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHANGHAI 21 Mei – China melancarkan sebuah satelit pemancar awal hari ini bagi mewujudkan hubungan komunikasi antara bumi dan penerokaan membongkar misteri di bulan.

Agensi berita Xinhua memetik kenyataan Pentadbiran Angkasa Nasional China berkata, satelit itu dilancarkan pada 5.28 pagi waktu tempatan menggunakan roket Long March-4C dari pusat pelancaran Xichang yang terletak di barat daya negara itu.

“Pelancaran ini merupakan langkah penting bagi China untuk merealisasikan matlamatnya menjadi negara pertama menghantar alat penerokaan untuk menyiasat dan meneroka bulan,” kata Xinhua.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, Pengurus Projek Satelit Pemancar, Zhang Lihua berkata, satelit yang dikenali sebagai Queqiao atau Jambatan Magpie akan berada di orbit kira-kira 455,000 kilometer (km) dari bumi dan menjadi satelit komunikasi pertama di dunia yang beroperasi di sana.

China berhasrat untuk mendahului Rusia dan Amerika Syarikat untuk menjadi kuasa angkasa utama menjelang 2030.

Negara tersebut juga merancang untuk melancarkan pembinaan stesen angkasa pada tahun depan.

Bagaimanapun, China menegaskan hasrat negaranya adalah untuk tujuan yang baik tetapi Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat me­nuduh China menjalankan aktiviti yang bertujuan menghalang negara lain menggunakan aset berpangkalan di ruang angkasa semasa sesuatu krisis. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN