Tun M ke Istana Negara hadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja - Utusan Malaysia

Tun M ke Istana Negara hadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggalkan bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana pukul 10.34 pagi tadi untuk ke Istana Negara. 

Tun Mahathir sempat melambai tangan kepada wartawan dan jurugambar ketika meninggalkan perkarangan Yayasan Kepimpinan Perdana tadi.

Terdahulu, Tun Mahathir tiba di Yayasan Kepimpinan Perdana itu pukul 8.26 pagi.

Beberapa pemimpin DAP juga dilihat masuk ke bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana untuk bertemu dengan Dr. Mahathir dipercayai untuk membincangkan urusan kabinet.

Mereka termasuklah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng;Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke.

Keempat-empat pemimpin DAP itu kemudiannya dilihat keluar pada pukul 9.55 pagi. 

Difahamkan, Dr. Mahathir akan menghadiri Mesyuarat Lembaga Pengampunan Diraja berhubung pembebasan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Negara yang dijadualkan pada pukul 11 pagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×