10 ADUN di Melaka angkat sumpah sebagai Exco - Utusan Malaysia

10 ADUN di Melaka angkat sumpah sebagai Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 16 Mei – Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di hadapan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini sebentar tadi.

Mereka yang terlibat adalah Mohd. Rafiq Naizamohideen (ADUN Paya Rumput), Tey Kok Kiew (ADUN Banda Hilir), Muhammad Jailani Khamis (ADUN Rembia), Mohd. Sofi Abdul Wahab (ADUN Durian Tunggal) dan G. Saminathan (ADUN Gadek).

Turut mengangkat sumpah sebagai Exco dalam majlis hari ini adalah Norhizam Hassan Baktee (ADUN Pengkalan Batu), Ginie Lim Siew Lin (ADUN Machap Jaya), Noor Effandi Ahmad (ADUN Telok Mas), Low Chee Leong (ADUN Kota Laksamana) dan Kerk Chee Yee (ADUN Ayer Keroh).

Ketua Menteri, Adly Zahari dijangka akan mengumumkan jawatan bagi kesemua mereka yang mengangkat sumpah pagi ini dalam satu sidang akhbar pada pukul 4 petang nanti di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×